Rukun Iman

Iman adalah keyakinan yang dibenarkan oleh hati, diikrarkan dengan lisan dan dibuktikan dengan perbuatan.

Rukun Iman terdiri dari:

1. Iman kepada Allah

Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah S.W.T.

2. Iman kepada Malaikat

Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah.

3. Iman kepada Kitab Allah

Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab yang diturunkan Allah, yang terakhir diturunkan adalah Kitab Al-Qur'an.

4. Iman kepada Nabi dan Rasul Allah

Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan. Tidak diketahui berapakah jumlah nabi yang sebenarnya tetapi diperkirakan mereka berjumlah lebih kurang 124.000 orang sedangkan para rasul diperkirakan berjumlah 300 orang. Umat Islam diwajibkan mengenal 25 Rasul yaitu : 1. Adam AS, 2. Idris AS, 3. Nuh AS, 4. Hud AS, 5. Soleh AS, 6. Ibrahim AS, 7. Luth AS, 8. Ismail AS, 9. Ishak AS, 10. Yakub AS, 11. Yusuf AS, 12. Ayub AS, 13. Sueb AS, 14. Musa AS, 15. Harun AS, 16. Zulkifli AS, 17. Daud AS, 18. Sulaiman AS, 19. Ilyas AS, 20. Ilyasa AS, 21. Yunus AS, 22. Zakaria AS, 23. Yahya AS, 24. Isa AS, 25. Muhammad SAW.

5. Iman kepada Hari Akhir (Kiamat)

Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.

6. Iman kepada Qada dan Qadar

Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

No comments: